Berikut adalah surat Peguamcara PSPRM kepada Peguam Negara, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan (HK/L1027/PBT/19 both 11 Mac 2024):
PER: DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
SAMAN PEMULA NO.WA-24NCVC-3989-11/2022
MIOR ROSLI BIN MIOR MD JAAFAR DAN 49 YANG LAIN
LWN
1. KERAJAAN MALAYSIA
2. PERDANA MENTERI MALAYSIA
3. MENTERI KANAN PERTAHANAN MALAYSIA
4. MAJLIS ANGKATAN TENTERA
Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara diatas yang telah di tetapkan untuk pendengaran pada 5.2.2024.
2. Pada tarikh Pendengaran pada 5.2.2024 tersebut, Mahkamah telah memberikan Perintah yang berpihak kepada plaintif-plaintif dalam perkara diatas . Bersama-sama surat ini kami majukan sesalinan Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 5.2.2024 yang bermeterai seperti yang dilampirkan di Kembaran A untuk kemudahan rujukan pihak anda.
3. Justeru, kami bagi pihak Anakguam-Anakguam kami memohon kepada pihak anda untuk mematuhi Perintah Mahkamah Tinggi tersebut supaya kedudukan kehakiman tindakan ini di patuhi selengkapnya olih pihak anda. Sekiranya anda gagal untuk mematuhi Perintah tersebut dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan surat ini, kami mempunyai arahan Anakguam-Anakguam kami untuk meneruskan dengan apa-apa prosiding pengkomitan terhadap anda.
4. Tindakan segera pihak anda amat dihargai demi kepentingan bersamadan didahului dengan ucapan terima kasih.
5. Sila akui penerimaan di salinan pendua surat ini.
Yang Benar
Haniff Khatri
S.K.
Peguam Kanan Persekutuan
Sekian.
MEJ HJ MIOR ROSLI TUDM (BERSARA)
J.S.D., DPA (ITM) LLB (ITM), LLM (U.Woverhamton), MSc HRD (UPM)
PRESIDEN PSPRM
15HB MAR 2024