Pertama, Menteri Pertahanan mengatakan bahawa perkara 41 harus di baca secara harmoni dengan perkara 132 Perlembagaan adalah SALAH!
Mari kita baca apakah ayat perkara 41 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 41 menyatakan: PEMERINTAH TERTINGGI ANGKATAN TENTERA: YANG DI-PERTUAN AGONG HENDAKLAH MENJADI PEMERINTAH TERTINGGI ANGKATAN TENTERA PERSEKUTUAN. Didalam Perlembagaan Persekutuan ayat Perkara 41 adalah ayat yang terpendek dan tepat (short and sharp) didalam Perlembagaan Persekutuan. Ianya tidak mempunyai sebarang huraikan atau penerangan yang mecurigakan.
Perkara 132 (1) pula hanya memberitahu jenis-jenis perkhidmatan-perkhidmatan awam yang terdapat didalam Persekutuan dan di Negeri-Negeri didalam Persekutuan dan Negeri kerana Perkara -Perkara 137, 138, 139,140, dan 141A menerangkan bidangkuasa masing-masing.
Pada pandangan saya Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan (Panglima Tertinggi Angkatan Tentera) hanya berkait dengan perkara 137 (Majlis Angkatan Tentera) sahaja dan tidak kepada Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang lain.
Pada pendapat saya oleh kerana perkara 41 tidak ada huraian atau tafsiran atau peruntukan khusus didalam Perlembagaan yang boleh mencurigakan tafsiranya, maka ianya hendaklah dibaca bersama Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi ... KEDAULATAN, PEROGATIF, KUASA DAN BIDANG KUASA RAJA-RAJA DAN PEROGATIF, KUASA DAN BIDANG KUASA PEMBESAR-PEMBESAR MEMERINTAH NEGERI SEMBILAN DI BAWAH WILAYAH-WILAYAH MEREKA MASING-MASING.
Jika kita lihat Perkara 137, hanya komposisi Majlis Angkatan Tentera sahaja mempunyai seorang wakil mewakili Duli-Duli Yang Maha Mulia yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu, dan bukan di lantik oleh YDPA seperti jawatan-jawatan yang lain. Jawatan ini tidak terdapat didalam Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang lain. Ayat yang berbunyi,Majlis Angkatan Tentera yang hendaklah bertanggungjawab dibawah KUASA AM YANG DI-PERTUAN AGONG di Perkara 137(1) Perlembagaan Persekutuan menpunyai makna yang tersendiri dan khusus.
Pada saya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) duduk di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dibawah Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam Perkara 139(1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam TIDAK ADA BIDANGKUASA TERHADAP MAJLIS ANGKATAN TENTERA
Kedua, Menteri Pertahanan membuat rujukan kepada kes kes awam yang tidak ada kena mengena dengan kuasa Majlis Angkatan Tentera. Menteri Pertahanan seharusnya merujuk kepada kes-kes seperti:
Kes Mahkamah Persekutuan:
Majlis Angkatan Tentera & Kerajaan Malaysia lwn Mej Fadzil bin Arshad [2011]
Kes Mahkamah Persekutuan: Abdul Salam Husin lwn Majlis Angkatan Tentera [2011]
Kes Mahkamah Rayuan: Majlis Angkatan Tentera lwn Nurul Ami Bin Mohd Basri [2019]
Dalam kes Nurul Ami, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa apa-apa perintah atau undang-undang yang di buat oleh Majlis Angkatan Tentera terhadap anggota tentera mengatasi semua Undang-undang yang di buat oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Ketiga, saya setuju apabila Menteri Pertahanan menyatakan yang tidak semua kes yang di bawa ke Mahkamah kerajaan menang walaupun kerajaan mengunakan kuasanya untuk merayu kepada Mahkamah yang lebih tinggi. Dalam kes mengenai peraturan pencen dan penyelarasan pencen, kerajaan kalah di mahkamah dalam kes bekas hakim di Sabah, kalah dalam kes pencen Senator, kalah dalam kes pencen perkhidmatan awam/aminah dan kalah dalam kes pencen 35 orang hakim dan balu-balu baru-baru ini. Kes yang saya bawa baru-baru pun telah menang di mahkamah tinggi kerana mahkamah jelas terhadap undang-undang yang peguamcara kita kemukakan. Hakim telah "validified" apayang kita tuntut selama ini.
Keempat, Menteri Pertahanan (yang juga Pengerusi MAT) dan Peguam Negara harus faham Angkatan Tentera tidak tertaklok kepada Akta Pencen 1980 dan juga tidak tertaklok kepada Akta Penyelarasan Pencen 1980. Kami yang bersara sebelum 2013 adalah tertakluk kepada PU(A)123 tahun 1982. (Peraturan-Peraturan Pencen dan Faedah-Faedah Lain 1982). Jika ATM tidak tertakluk kepada Akta Pencen dan Akta Penyelarasan Pencen 1980, kenapa pula MAT perlu tertakluk kepada surat arahan dan Pekeliling JPA?
Kelima, saya percaya JPA tidak faham tata kerja, budaya dan syarat-syarat perkhidmatan ATM. Begitu juga Menteri Pertahanan dan Peguam Negara. Saya syorkan supaya Peguam Negara membaca undang-undang dengan secara meluas lagi. Saya ingin merujuk kepada sebahagian (keratan) dari dokumen penting bertarikh 8.2.1956 tentang sejarah Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan.
Suruhanjaya Reid telah mengadakan pertemuan sebanyak 188 kali diantara bulan Jun dan Oktober 1956, dan menerima 131 memorandum dari beberapa individu dan organisasi. Suruhanjaya ini telah mendaftar draft kerja nya pada 21hb Februari 1957, yang telah di tapis oleh satu jawatan kuasa kerja. Jawatan kuasa kerja tersebut mengandungi empat wakil dari Raja-Raja Melayu, empat wakil dating kerajaan Perikatan, Suruhanjaya tinggi British, Ketua Setiausaha, dan Peguam Negara. Atas dasar cadangan mereka, Perlembagaan Persekutuan yang baru telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan Perlembagaan di kuatkuasakan pada 27hb Ogos 1957. Mengenai Majlis Angkatan Tentera, saya ambil keratan dari dokumen seperti berikut:
REPORT OF THE FEDERATION OF MALAYA CONSTITUTIONAL CONFERENCE HELD IN LONDON IN JANUARY AND FEBRUARY 1956
(REPORT BY THE FEDERATION OF MALAYA CONSTITUTIONAL CONFERENCE)
.....
III. DEFENCE AND INTERNAL SECURITY
.....
.....
The Administration of the Armed Forces of the Federation: a Federation Armed Forces Council
11. We agree that steps should be taken to enable the Federation armed forces to be administratively self-contained. At present their administration is integrated with that of the United Kingdom forces, and is largely carried out by Headquarters Malaya on behalf of the Federation Government. The process of setting up self-contained administrative machinery for the Federation forces must take time, but meanwhile there should be set up forthwith on a statutory basis a Federation Armed Forces Council, which would be a permanent body, quite distinct from the Emergency Operations Council discussed paragraph 10, The process of building up the necessary administrative substructure will be carried out under aegis and direction of this body.
12. The functions, of the Council and the distribution of responsibilities to its individual members will broadly correspond to the practice obtaining in the Army and Air Councils in the United Kingdom. The membership of the Council will at first be:
The Minister for Internal Defence and Security -Chairman;
A representative of Their Highnesses Rulers;
The General Officer Commanding the Federation Army (who would be seconded by Her Majesty's Government in the United Kingdom, and be appointed by and, be responsible to the Federation Government),
Two other professional members corresponding to the United Kingdom Adjutant-General (who deals with personal matters) and QuaterMaster-General (who deals with stores and equipment);
The senior civil servant in the Ministry of Internal Defence and Security.
A representative of Headquarters Malaya will be available to attend when required so long as the Federation army is dependent on Administrative support from Headquarters Malaya. We consider that this Council should handle administrative questions concerning the existing and future Federation Naval and Air Forces as well as Army Matters.
13. In the light of the provisions and practice in the United Kingdom regarding handling of Service matters, we consider that the following principles are applicable to the Federation:-
(i). the armed forces of the state (as represented by the Head of State ) and are raised and maintained by the Head of State in accordance with legislative authority;
(ii). so far as the armed forces themselves are concerned, their affairs will be regulated by the Armed Forces Council and not by any Individual;
(iii). so far the Executive and Legislatif Council are concerned, the Minister, as Chairman of the Armed Forces Council, will be responsible for the administration of the armed forces;
(iv). subject to the Minister's general responsibility to the Head of State, on whose authority all appointments are made, personnel matters will be in practice be dealt with, up to a certain level, by the professional member of the armed forces Council corresponding to the Adjutant-General in the United Kingdom, and beyond that level, in relation to very senior posts, by consultation between the Head of State, the Minister and the senior Service advisers of the Government;
(v). the Armed Forces Council, in accordance with United Kingdom practice, will not direct the operational use of the Armed Forces. Policy decisions governing the use of the forces will be taken in Executive Council. The position of UK and Commonwealth Armed Forces in the Federation.
14. We recognise that in the interim period Her Majesty's Government in the United Kingdom will continue to have direct responsibility for the external defence and external relations of the Federation, and that they will therefore retain in the Federation the forces which they consider necessary for the external defence of the territory and for the fulfilment of their Commonwealth and international obligations. To this end they will require in the Federation the facilities needed for the maintenance of those forces, which include the Commonwealth Strategic Reserve.
15. We agree that provision should be made for consultation between Her Majesty's Government and the government of the Federation on matters arising from the stationing of United Kingdom and Commonwealth Forces in the Federation. This should take the form of an understanding that, except in circumstances when immediate action would be essential, e.g. in war or a serious emergency, the Federation Government should be informed in advance of any proposed substantial changes in the size or character of the United Kingdom and Commonwealth forces in the Federation, and given an effective opportunity of making such representation as they wished. We recognise that in the discharge of their responsibility Her Majesty's Government will be bound to consider their arrangements for the defence of Malaya against the background of general defence policy, and cannot therefore undertake to make their disposition subject to the approval of the Federation Government, whose views will however receive the fullest consideration.
Dokumen (keratan) diatas di tandatangani oleh Alan Lennox-Boyd, John Hare, Nm A. Karnil, Donald MacGillivray, D.A. Scott (Ketua Setiausaha), di Lancaster House, London, S.W. pada 8hb Februari 1956.
Keenam, saya menyatakan walaupun Menteri Pertahanan berucap di dalam Parlimen, tetapi cara Menteri membentangkan hujah nya adala satu PENGHINAAN KEPADA DULI-DULI YANG DI-PERTUAN AGONG DAN DULI-DULI RAJA-RAJA MELAYU. Saya lihat perbuatan menghina dan mempersenda insituisi Raja-Raja di Parlimen dan di bawa melalui media sosial di lihat semakin berleluasa. Saya mencadangkan supaya undang-undang Lese Majeste seperti di amalkan di Thailand di perkenalkan di Malaysia bagi membendung kebiadaban itu.
Ketujuh, tidak mungkin JPA boleh mengarah Angkatan Tentera kerana skop kerja dan syarat-syarat perkhidmatan ATM dan awam (sibil) tidak sama langsung, dan semua orang tahu bahawa ATM adalah organisasi Perang. Mana mungkin orang yang tidak pernah melalui latihan ketenteraan boleh mengarah anggota tentera.
Kelapan, setiap Raja-Raja Melayu pastinya menjadi Yang di-Pertua Kor atau Rejimen tentera yang berkenaan dan kor atau Rejimen berkenaan pastinya mempunyai panji-panji Sultan/Raja berkenaan.
Kesembilan, Angkatan Tentera Seri Paduka Banginda termasuklah Angkatan tetap dan Angkatan Sukarela Malaysia dan mana-mana Angkatan lain yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa sebagaii sebagai Angkatan Tentera. (Sek 2 AAT72). Didalam Akta Angkatan Tentera 1972 terdapat banyak seksyen yang memerlukan kelulusan YDPA.
Sekian.
MEJ HJ MIOR ROSLI TUDM (BERSARA)