Saya tidak setuju anggota tentera (LLP dan pegawai) yang pencen setelah tamat 21 tahun perkhidmatan dan kurang 26 tahun perkhidmatan hanya di beri 50% pencen dari gaji subtantif terakhir mereka. Ini bermakna semua Lt Kolonel/ Kolonel keatas dapat 60% dari gaji terakhir mereka. Boleh di katakan semua pesara perkhidmatan awam (Badan kehakiman, PDRM dan semua perkhidmatan Awam Am) dapat pencen 60% dari gaji terakhir mereka. Saya juga tidak setuju gred, gaji dan beberapasyarat-syaratperkhidmatanAngkatanTentera di samakan dengan Perkhidmatan Awam.
Punca utama kekeliruan untuk membezakan Perkhidmatan Tentera dengan awam adalah fahaman kita dalam Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 132(1) menamakan tujuh(7) jenis perkhidmatan awam dan Angkatan Tentera adalah terletak di nombor yang teratas. Setiap perkhidmatan awam mempunyai badan yang mengawalnya yang di gelar sebagai Suruhanjaya (lihat Perkara 138 hingga 141A) KECUALI ANGKATAN TENTERA di kawal oleh sebuah "MAJLIS" (lihat Perkara 137).
Untuk menguatkan hujah saya dalam tajuk ini saya ingin merujuk balik kepada sejarah tentang prinsip pentadbiran Angkatan Tentera sebelum Perlembagaan Persekutuan di kuatkuasakan pada 31hb Ogos 1957. Saya rujuk kepada perenggan 11 kepada ANNEX A, Part III. (C.P.(56)47) -REPORT OF THE FEDERATION OF MALAYA CONSTITUTIONAL CONFERENCE HELD IN LONDON IN JANUARY AND FEBRUARY, 1956 - this document was signed on 8th February, 1956:
"The Administration of the Armed Forces of the Federation: a Federation Armed Forces Council"
"11. We agree that steps should be taken to enable the Federation armed forces to be administratively self-contained. At present their administration is integrated with that of the United Kingdom forces, and is largely carried out by Headquarters Malaya on behalf of the Federation Government. The process of setting up self-contained administrative machinery for the Federation forces must take time, but meanwhile there should be set up forthwith on a statutory basis a Federation Armed Forces Council, which would be a permanent body, quite distinct from the Emergency Operations Council discussed in paragraph 10, The process of building up the necessary administrative substructure will be carried out under the aegis and direction of this body."
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang di luluskan selepas hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu. Saya ingin memperingat kan semula kepada semua terutama ke pada Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan dan semua Anggota Tentera dan veteran ATM kepada Perkara 137 Perlembangaan Persekutuan, Seksyen 157 AAT72 dan Seksyen 187 AAT72 bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memberi kuasa kepada Majlis Angkatan Tentera (MAT) untuk menguruskan semua hal Pemeritahan, Tatatertib dan Pentadbiran, membuat Peraturan Gaji dan juga membuat Peraturan Pencen.
Saya juga ingin memperingatkan bahawa menurut Perkara 139 Perlembangaan Persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam TIDAK ADA jurisdiction terhadap MAT. Di dalam Mahkamah Rayuan pada tahun 2019, dalam kes MAT melawan Nurul Ami Bin Mohd Basri, Mahkamah Rayuan telah menyatakan bahawa apa-apa perintah/peraturan/undang2 yang di buat oleh MAT terhadap anggota tentera, mengatasi semua Undang-undang dalam negara. Lihat juga dalam keputusan kes -kes Mahkamah Persekutuan antara MAT dan Kerajaan Malaysia melawan Mej Fadzil bin Arshad (2011) dan kes antara Abdul Salam Husin melawan MAT(2011) 2CLJ1. Dalam ketiga-tiga kes ini , Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan memperakui kuasa MAT mengatasi semua Undang-undang lain dalam Negara.
Akhir sekali (last but not least), Yang di-Pertuan Agong adalah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, dan hanya di dalam MAT terdapat satu jawatan yang tidak wujud dalam Suruhanjaya- Suruhanjaya lain, iaitu wakil Raja-Raja Melayu.
Perlembagaan Persekutuan merupakan satu undang-undang bertulis yang mengadungi semua susunan peraturan dan undang-undang induk/utama yang dianggap penting bagi pemerintahan dan petadbiran negara. Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian mengwujudkan Perlembagaan Persekutuan yang kita ada sekarang.Kita tidak boleh membaca Perlembagaan Persekutuan ini dengan hanya secara hitam putih tetapi harus membacanya mengikut wanna warni berdasarkan sejarah, politik, sains politik, sociologi, anthropologi dan kontrak sosial menurut perspektif watan. Perlembagaan Persekutuan kita sejak 1957 telah di pinda sebanyak 58 kali sehingga 1hb Mei 2009. Adalah di anggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah sekitar 700 pindaan. Berbanding dengan Perlembagaan Amerika Syarikat yang mula di tulis pada tahun 1787 dan di sahkan pada tahun 1788, Perlembagaan mereka telah di pinda sebanyak 18 kali yang melibatka 27 pindaan dalam tempoh 232 tahun!
Panglima-Panglima ATM, Kementerian Pertahanan dan Menteri2 kerap berhujah menyatakan anggota tentera yang berkhidmat 21 tahun akan layak dapat pencen. Kenyataan mereka ini tidak kurang ramai membuat anggota perkhidmatan Awam rasa cemburu kerana mereka terpaksa berkhidmat hingga umur 50 ke 55 untuk dapat pencen. Kemudian Panglima-Panglima ATM, Kementerian Pertahanan dan Menteri2 kerap menyatakan mereka yang berhenti di tahun perkhidmatan ke 10, 12, 15 dan 18 "kebanyakannya adalah kerana pilihan sendiri." Tulisan saya kali ini saya hendak menceritakan kenapa kebanyakan anggota ATM bersara setelah cukup 21 tahun berkhidmat dan kenapa anggota tentera berhenti atau di berhentikan setelah berkhidmat 10,12,15 dan 18 tahun.
Perkhidmatan Angkatan Tentera tidak sama dengan Perkhidmatan Awam. Sangat jauh perbezaannya. Tetapi yang sangat menyedihkan adalah dari sudut upah/gaji/latihan/hak dan keistimewaan/cara hidup harian dan macam-macam lagi. Saya huraikan contoh-contoh perbezaan antara perkhidmatan tentera dengan perkhidmatan awam sepertiberikut:
a. Anggota Tentera tidak ada kebebasan dalam berpersatuan.
b. Anggota Tentera tidak ada kebebasan dalam sebarang perhimpun umum.
c. Anggota Tentera tidak ada kebebasan dalam bersuara.
d. Setiap Anggota Tentera perlu aktif 24jam 7 hari seminggu sepanjang hayatnya dalam Tentera dan tidak dapat apa-apa bayaran kerja lebih masa atau kerja di hari cuti am.
e. Cuti bagi anggota tentera adalah hanya keistimewaan dan bukan sebagai hak.Anggota Tentera boleh di panggil balik bertugaspada bila-bila masa, walaupun kebajikan mereka tetap akan dijaga dengan sebaiknya. Ini adalah cabaran utama yang berkait rapat dengan moral warga tentera. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa isu ini seringkali menjadi punca mengapa warga tentera melakukan kesalahan tidak hadir ke tempat kerja. Sememangnya setiap setiap perkerja di mana-mana lapangan perkerjaan mengimpikan beberapa hari cuti dalam setahun untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Warga tentera juga yang pastinya mempunyai nilai manusiawi. Ada kalanya warga tentera tidak di berikan cuti kerana terlibat dengan tugasan tertentu seperti operasi atau sedang memikul senjata di perbatasan Negara. Ini adalah harga yang terpaksa dibayar oleh warga tentera semata-mata untuk memastikan rakyat dapat tidur lena dan bebas dari ancaman musuh atau anasir dari luar yang memudaratkan.
f. Anggota Lain-lain Pangkat terpaksa berhenti pada tahun ke 10,12,15,18 dan 21 dan hanyaPegawai Waren Kelas 1 sahaja boleh sambung dari setahundemi setahun hingga umur 50 tahun.Terdapat anggota tentera menyatakan profession tentera bukan seperti perkerjaan lain. Anggota tentera tidK boleh memohon berhenti sesuka hati,tidak kira sama ada pemberhentian melalui notis, atau berpindah tempat kerja secara mengejut tanpa notis kerana ini semua bukanlah sebahagian dari etika kerja warga tentera. Warga tentera terikat dengan tempoh dengan jenis pertauliahan yang mempu yang tempoh yang berbeza.Walau berapa lama tempoh yang telah di tetapkan, mereka wajib habiskan tempoh itu sehingga tarikh tamat perkhidmatan (TTP). Namun begitu dalam keadaan tertentu, warga tentera boleh diberhentikan atas beberapa sebab, misalnya masaalah perubatan atau sabit kesalahan.
g. Hanya 4% pegawai Bertauliah boleh bersara di umur 60 tahun.
h. Kurang daripada 5% pesara tentera boleh dapat pencen 60% dari gaji terakhir.
i. Setiap kali sambung khidmat PULHEEM mesti bertaraf FE, BMI tidak bolehmelebihi 24, mendapat "terpuji" 3 kali berturut-turut dalam lapuran sulit tahunan, dan di sokong oleh Pegawai Memerintah.
j. Untuk naik Pangkat anggota tentera perlu hadir beberapa buah kursus wajib.
k. Risiko kerja dalam Angkatan Tentera melampaui OSHA.
l. Hukuman bagi kesalahan dalam tentera adalah hukuman medan dan fizikal.
m. Bayaran kepada LTAT tidak sama seperti KWSP.
n. Setiap anggota tentera tertaklok dengan Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77). Di antara aspect utama yang menguji tahap disiplin warga tentera ialah kepatuhan terhadap undang-undang. Selain dari itu banyak lagi undang-undang berbentuk peraturan dan peritah tetap yang wajib di patuhi seperti Kaedah-Kaedah Angkatan Tentera, peraturan-peraturan Angkatan, perintah tetap pasukan, Arahan Panglima wilayah dan bermacam2 lagi. Bayangkan berapa banyak bebanyang perlu di pikul di pundak. Tidak mustahil jika terdapat anggota memang beriktizam untuk menjadi sebahagian famili besar Angkatan Tentera.
o. Semasa dalam tentera, anggota tentera masih tertaklok juga kepada undang-undang sivil dan syariah. Warga tentera cukup sinonimdengan disiplin yang sangat ketat. Tanpa kualiti disiplinyang cermerlang, masakanwargatentera mampu untuk menjadi benteng pertahanan negara; sama ada semasa dalam tempoh perkhidmatan gift atau tidak. Perkhidmatan gift bermaksud masa sedang bertempur di medan perang atau berada di sautu wilayah yang bergolak demi memelihara kedaulatan dan keamanan negara.
p. Semasa zaman dharurat Anggota Tentera kerap meninggalkan anak isteri tanpa dapat beri perhatian secukupnya.
q. Hidup sebagai anggota tentera tidak ada kebebasan terutama jika seorang bujang. Setiap kali hendak keluar kem perlu melapur di balas pengawal dan tidak boleh lewat dari jam 2359. Jika lewat tidakan/hukuman tatatertib akan di ambil.
r. Walaupun peruntukan Pengaduan (Redress of Wrong) wujud dalam Akta Angkatan Tentera 1972, jarang ada anggota yang berani membuatnya kerana takut mereka dihukum dengan lebih berat.
s. Ramai anggota bawahan mengadu bahawa dalam perkhidmatan tentera ini, perlu ada kabel dan kroni untok maju dalam perkhidmatan. Mereka mengadu bahawa pegawai atasan terlalu angkuh dan sombong dengan pangkat yang disandang sibuk nak charge sahaja.
t. Tidak hadir ke tempat kerja ke tempat kerja adalah satu kesalahan dalam tentera. Kegagalan untuk ke tidak hadir ketempat kerja adalah satu kesalahan di bawah seksyen54 ,seksyen 55 dan seksyen 58 Akta Angkatan Tentera 1972. Kesalahan-kesalahan itu berbeza dan mempunyai hukuman berbeza seperti Tinggal tugas,Tidak hadir tanpa cuti, dan Tida menghadiri kewajipan atau Pembarisan. Tidak hadir ke tempat kerja mungkin kelihatan enteng bagi setengah pihak, tetapi tidak dalam perkhidmatan tentera. Malahan sijil sakit yang di perolihi dari hospital atau kelinik luar tidak mudah di terima kesahihannya jika tidak dapat pengesahan dari Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT). Begitulah bertapa tegasnya didalam perkhidmatan tentera demi mengawal kehadiran anggota tentera ke tempat kerja. Kegagalan untuk hadir ke tempat kerja tanpa justifikasi yang kukuh boleh menyebabkan pelaku didakwa dan di jatuhkan hukuman medan, tugas tambahan atau di bicarakan depan pegawai memerintah atau Mahkamah Tentera dan jika bersalah boleh di masukkan didalam lokap tentera.
u. Ada sesetengah kesalahan yang dilakukan oleh anggota tentera boleh di bicarakan secara terus oleh Komander Rendah atau Pegawai Memerintah mengikut pangkat dan jenis kesalahan. Sistem undang-undang Tentera terdiri dari beberapa peringkat. Dari serendah-rendah peringkat Komander Rendah dan diikuti Pegawai Memerintah, sebagai suatu penegasan bahawa tahap disiplin anggota tentera sentiasa di perhatikan oleh pegawai atasan masing-masing. Seandainya anggota tentera yang terlibat dalam sebarang salah laku, maka bersidialah untuk di bicarakan.
v. Mahkamah Tentera juga menanti anggota tentera yang melakukan kesalahan tertentu. Peringkat yang lebih tinggi dalam memberi hukuman dalam sistem hukuman dalam Angkatan Tentera adalah Mahkamah Tentera. Tidak ubah seperti mahkamah awam, pelaku kesalahan kesalahan akan di bicarakan di mahkamah tentera mengikut prosidur yang telah di tetapkan. Contoh hukuman yang boleh di jatuhkan oleh Mahkamah Tentera adalah hukuman penjara sehingga empat belas tahun, di buang kerja dengan keji dari perkhidmatan, lucut kekananan pangkat, denda, amaran keras dan amaran. Keberatan hukuman adalah bergantung kepada tahap kesalahan yang telah di lakukan.
w. Perkhidmatan Tentera bukan badan beruniform semata-mata, tetapi sebuah Angkatan Bersenjata yang bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan Negara. Justeru, aspek disiplin sangat di titik beratkan. Sesetengah salahlaku nampak remeh, tetapi hakikatnya tinggi nilainya dalam menentukan kejituan disiplin setiap anggota tentera.
x. Tahukah anda bahawa perkara-perkara berikut dikira sebagai kesalahan dalam perkhidmatan tentera?
(i). Berpura-pura sakit sehingga menyebabkan diri tidak boleh berkhidmat ( seksyen 59 AAT72);
(ii). Mabuk dalam semasa dalam premis tentera (Seksyen 60 AAT72);
(iii). Menyatakan maklumat tanpa kebenaran( Seksyen 79 AAT72); dan
(iv). Menganiaya pegawai atau anggota tentera yang berpangkat lebih rendah (Seksyen 81 AAT72);
y. Terdapat juga budaya disiplin yang di masukkan dam peraturan tetap kem seperti:
(i). Tidak memakai pakaian kepala bagi melengkapkan uniform seperti beret, bowler hat, peak cap semasa memandu atau menjadi penumpang atau berjalan di luar banggunan dalam kawasan kem atau premis tentera;
(ii). Tidak memberi tabik hormat (salute) kepada pegawai atasan bila dalam pakaian Tentera atau menegakkan tubuh dan mendada (chest up) mengikut kesusaian tempat; dan
(iii). Tidak melapur diri di Balai Pengawal sebelum keluar dan sekembali masuk dalam kem atau pengkalan.
z. Perlanggaran disiplin boleh dikenakan tindakan undang-undang. Justeru anggota tentera perlu mematuhi peraturan yang telah di tetapkan. Sebagimana yang di tegaskan diatas, setiap salahlaku yang telah dilakukan yang olih anggota tentera akan di ambil tindakan yang sewajarnya demi mendisiplinkan setiap anggota tentera. Maka, anggota tentera perlu sentiasa beringat agar rekod perkhidmatan mereka kekal bersih dari dari sebarang Noda permasalahan disiplin.
Contoh-contoh diatas adalah hanya sebahagian sebab kenapa anggota tentera membuat pilihan berhenti awal. Pemimpin awam dan orang politik dan Panglima-Panglima tentera melihat pemberhentian secara sukarela sebagai pilihan anggota tentera itu sendiri tanpa melihat budaya hidup didalam tentera itu sendiri. Jika terdapa sebahagai besar anggota-anggota tentera sendiri tidak tahan hidup dalam tentera, saya percaya orang-orang awam dalam perkhidmatan awam juga tidak tahan melainkan di bayar gaji dalam tentera lebih jauh lebih tinggi dari perkhidmatan awam. Uniform yang tersarong di tubuh, pa gkat yang di semat di bahu bukan kebanggaan semata-mata, tetapi adalah amanah yang perlu di pikul. Janga jadi tentera yang langsung tidak boleh di jentik. Ramai anggota tentera tahu wujudnya budaya buli dan salahguna kuasa yang seri g menjadi kerisauan dalam warga ATM, undang-undang untuk mengekang sentiasa wujud. Warga tentera perlu mengetahui hakmereka mereka terutama salah laku yang berkait rapat dengan isu kemanusiaan dan intergriti perlu diatasi oleh pihak atasan dan saluran yang betul diguna pakai agar tindakan yang sewajarnya dapat di ambil tindakan. Jika semua ini difahami sebelum masuk tentera dan jika rasa tidak mampu, jangan sekali-kali bermimpi untuk cop sepuluh jari untuk masuk tentera, jika tidak mereka ini akan menutup peluang kepada mereka yang benar-benar layak dan berupaya untuk menyarung uniform sebagai warga tentera. Jika semua ini difahami sebelum masuk tentera dan telah bersiap siaga untuk hidup sebagai seorang soldadu, saya ucapkan Selamat Datang Ke Dalam Angkatan Tentera Malaysia!
Satu perkara yang saya sangat kecewa adalah kenapa gaji Angkatan Tentera mesti di harmonikan dengan pejawat awam tetapi skim perkhidmatan dan peranan tugas tidak pula dibuat sedimikian? Anggota tentera kerja 24 jam sepanjang hayat mereka tanpa mendapat sebarang "overtime" seperti perkhidmatan awam. Sepatutnya Anggota Tentera di baya gaji sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda gaji . Barula berbaloi kompensasi hanya 50% gaji terahkir. Bagi yang berkhidmat lebih 25 tidak ada masaalah untuk beri pencen 60% gaji terakhir. Saya juga cadangkan jika gaji tentera 3 kali ganda, mereka yang berhenti 12, 15 dan 18 tahu juga di beri pencen 35%, 40% dan 45 peratus gaji terakhir. Ini baru adil.
Setelah bersara veteran di anggap seperti pesara awam. Veteran ATM tidak akan dapat apa yang pesara awam dapat jika tidak cukup syarat seperti pesara awam tanpa apa-apa ganti rugi. Contohnya untuk mendapat kan pencen 60% dari gaji terakhir. Yang mungkin dapat hanya lah mereka yang berpangkat kolonel keatas. Jika kita suruh anggota Lain-lain Pangkat kerja sampai 26 tahun, nanti anggota tentera terdiri dari orang tua yang tidak ada lagi kekuatan fisikal. Macam mana nak berperang? Kemudia jika ramai yang berkhidmat lebih dari 25 tahun, ramai yang tidak ada peluang naik pangkat.
Saya heran, Perlembagaan Persekutuan dan beberapa kes di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan jelas menununjukan bahawa Majlis Angkatan Tentera mempunyai kuasa yang sangat besar tetapi dalam banyak isu kebajikan, gaji dan pencen ATM, MAT asyik ikut dan tunduk kepada perkhidmatan awam dan merugikan terutama mereka yang berpangkat rendah. Mari kita lihat keputusan Mahkamah2 Rayuan dan Persekutuan tentang bertapa besarnya kuasa MAT seperti berikut:
1. Dalam kes di Mahkamah Rayuan diantara MAT lwn MOHD NURUL AMI BIN MOHD BASRI (2019):
a. Berdasarkan S.15 AAT72, MAT mempunyai kuasa untuk membuat peraturan yang di fikirkan perlu memandangkan kuasa MAT, membuat peraturan tersebut adalah sah dan mempunyai kuasa perundangan.
b. Mahkamah Rayuan menyatakan dalam apa keadaan sekalipun, walaupun peraturan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai kuasa undang-undang yang sah, ianya tidak boleh mengatasi peraturan yang dibuat oleh ATM. Ini kerana peraturan ATM adalah peraturan khusus yang bertujuan untuk dikuatkuasakan ke atas semua anggota ATM sahaja tanpa apa-apa pengecualian.
c. Kes ini jelas menunjukkan bahawa undang-undang tentera adalah dibuat untuk mereka yang tertakluk kepada ATM dan tidak kepada orang lain, dan mana-mana Undang-Undang (civil) yang lain tidak boleh mengatasi Undang-Undang dan peraturan-peraturan yang dibuat oleh MAT.
2. Kes Mahkamah Persekutuan diantara MAT & KERAJAAN MALAYSIA lwn MEJAR FADZIL BIN ARSHAD (2011):
a. Adalah jelas bahawa seseorang pegawai didalam ATM menjawat jawatan diatas perkenan dan budicara YDPA tanpa perlu memberi sebab atau alasan.
b. Mahkamah tidak ada bidangkuasa untuk menyoal peruntukan yang di buat oleh MAT mengenai pembatalan tauliah mana-mana pegawai ATM.
c.Mahkamah Persekutuan menyatakan: “The express exclusion of the public service of “armed forces” in article 135(1) must necessarily be construed to mean that an officer in the armed forces does not enjoy the right to be heard conferred on members of public services mention in article 132.”
d.Nota: Sub perenggan c, di atas membawa maksud Perkara 139(1) Perlembagaan Persekutuan dimana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam tidak ada bidangkuasa terhadap ATM.
3. Kes Mahkamah Persekutuan diantara ABDUL SALAM HUSIN lwn MAT & SEORANG LAIN [2011] 2 CLJ 1:
a. Pentauliahan seseorang didalam ATM adalah ditas perkenan dan budicara YDPA semata-mata (durante bene placito). Ianya boleh di tarik balik atau dibatalkan pada bila-bila masa mengikut pekenan Baginda. Baginda tidak perlu memberi apa-apa sebab untuk bertindak sedimikian.
b.Mengikut Dasar Umum, Anggota ATM memainkan peranan yang penting dalam mempertahankan Negara, dan ianya adalah satu kepentingan kepada Negara, keselamatan negara akan terjejas jika mempunyai anggota yang tidak sesuai.
c. Penjagaan disiplin di dalam ATM adalah penting dan jika saluran pemerintahan di cabar, ianya akan menjejaskan keberkesanan pertahanan negara.
d. Jika perkara 135(1) Perlembagaan Persekutuan dan S.9 AAT72 boleh dicabar, maka peruntukan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 41 dan 137) dan AAT72 akan terjejas.
e. Undang-undang tertinggi negara dan AAT72 dengan tersurat dan tegas menyatakan bahawa anggota ATM dikecualikan dari hak untuk didengar.
f. Undang-undang (Tentera) dibuat khusus demi untuk kebaikan ATM walaupun ianya megenepikan hak common law “audi alteram partem”
g.Mahkamah juga mengatakan: “The clear provisions of the law in cl. 1 of art. 135 of the Constitution read with art. 132 and s. 9 of the Armed Forces Act divesting such right to be heard for members of the armed forces makes the court is in no position nor would it lend a hand in interpreting into the law such a right. Any attempt to read into the law the existence of such right at some stage of this process would be defeating the true intention and spirit of the Constitution and the relevant provision of the Armed Forces Act.”
Saya sebenarnya ada banyak lagi perkara yang saya nak cadangkan. Jika orang politik yang jadi ahli parlimen, yang tidak faham tentang budaya dan peranan ATM, janganlah jadi Menteri Pertahanan. Begitu juga mereka dalam JPA, jangan cuba membuat peraturan dalam ATM jika mereka tidak faham apa itu tentera.
Sekian, Wabillahi taufik, walhidayah Wassallammualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.
Mej Mior Rosli TUDM (Bersara)